• Banner

    Rumah Ngaji Besut yang berpusat di Masjid Ibnu Abbas, Pengkalan Nyireh, Besut menjalankan aktiviti pengajian Al Quran. Matlamat utama RNB adalah untuk membasmi buta Al Quran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya beramal dengannya berasaskan kefahaman yang betul.

    Antara program/aktiviti yang sedang aktif berjalan adalah :

    1. Kelas asas membaca Al Quran untuk kanak2 & dewasa
    2. Kelas Tahsin Al Quran
    3. Kelas Talaqqi Bersanad
    4. Kelas Bimbingan Guru Al Quran (Training for trainers)
    5. Kelas Ilmu Tajwid
    6. Klinik Al Fatihah
    7. Kursus Bhs Arab Al Quran
    8. Daurah Tafsir Surah Pilihan (Maulana Abd Hadi)
    9. Program Tahfiz Hujung Minggu (Sabtu)
    10. Kem Ibadat, Tahsin & Hafazan (Cuti Sekolah)

    Sehingga kini, RNB mempunyai seramai lebih kurang 200 orang pelajar (kanak2 & dewasa) dan lebih daripada 30 orang guru (pembimbing) termasuk 4 orang guru Arab (Yaman & Syria) yang berkhidmat secara sepenuh masa.

    Semua kelas adalah PERCUMA kecuali Talaqqi Bersanad bersama guru2 Arab yang dikenakan sedikit bayaran untuk menampung kos imbuhan guru.

Available courses

KURSUS BHS ARAB AL QURAN

OBJEKTIF : 

1. Memahami Al Quran dan boleh menterjemahkan sekurang2nya 85% kandungan Al Quran
2. Boleh berkomunikasi dalam bhs Arab mudah

Sukatan dibahagikan kepada 3 TAHAP

TAHAP 1 - PERMULAAN 

1. Boleh memberi makna (tanpa fungsi) kalimah2 masyhur dalam Al Quran
2. Boleh menterjemahkan 70% kandungan Al Quran 

Isi Pelajaran terkandung dalam 2 Bahagian

Bahagian 1 : 7 Senarai (Ganti nama, Harof & Isim Masyhur 1)

Bahagian 2 : 11 Senarai (Isim Masyhur 2)

Tempoh : 5 bulan (1 jam seminggu)

TAHAP 2 - PERTENGAHAN

1. Boleh memberi makna kalimah kata kerja yang masyhur
2. Boleh terjemah 85% kandungan Al Quran
3. Boleh berkomunikasi dalam bhs Arab mudah

Isi Pelajaran :

1. Bahagian 3 : Kalimah2 kata kerja yang masyhur (182 kalimah) 
2. Nahu Mudah

Tempoh : 7 Bulan (3 jam seminggu)

TAHAP 3 - TINGGI

1. Menguasai tata bahasa (Nahu & Sorof Mudah)
2. Boleh terjemah sekurang2nya 90% kandungan Al Quran
3. Boleh berkomunikasi dalam bhs Arab mudah

PENILAIAN 

Sekurang2nya DUA ujian bagi setiap Tahap dan SATU peperiksaan akhir

Pelajar yang lulus (80%) layak meneruskan pengajian ke TAHAP LANJUTAN (Nahu & Sorof dan 'Irab)